- Tajuk
- PROGRAM KELESTARIAN ALAM BERSAMA TUAN PENGARAH JAS PULAU PINANG
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar, Pulau Pinang
- Lokasi
- SMK Bertam Perdana
- Diskripsi
- 13 DISEMBER 2024, KEPALA BATAS : SMK Bertam Perdana telah menganjurkan Program Kelestarian Alam Bersama Tuan Pengarah JAS Pulau Pinang. Program ini telah melibatkan seramai 200 orang pelajar dari tingkatan tiga dan empat.
Kehadiran Encik Norazizi bin Adinan, Pengarah JAS Pulau Pinang telah disambut mesra oleh Dr. Zarifah binti Omar, Pengetua SMK Bertam Perdana. Tuan Pengarah seterusnya merasmikan ruang santai & landskap kolam sekolah.
Pelbagai aktiviti alam sekitar diadakan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar antaranya ceramah dan kuiz pembakaran terbuka, demonstrasi pengujian asap kenderaan, pengawasan bunyi bising, penerbangan drone, latihan pengiraan indeks kualiti air dan pameran alam sekitar.
JAS Pulau Pinang merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen pihak sekolah dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan program kesedaran alam sekitar.