Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN KERJA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PULAU PINANG KE LOJI RAWATAN AIR (LRA) DI PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG (PBAPP)
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar, Pulau Pinang
- Lokasi
- loji Rawatan Air (LRA) di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sungai Dua.
Penerangan
9 Disember 2024, SUNGAI DUA - Pasukan Penguatkuasa bersama dengan Pengurusan Tertinggi JAS Pulau Pinang telah melakukan lawatan kerja ke loji Rawatan Air (LRA) di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sungai Dua.
Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau perkembangan status pematuhan premis di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Loji Rawatan Air Sungai Dua ini merupakan loji terbesar di Pulau Pinang yang membekalkan hampir 80% bekalan air bersih di Pulau Pinang dengan kapasiti maximum pengeluaran bekalan air sehari berjumlah 1228 MLD (million litres per day).
Tanggungjawab untuk memastikan isu pelepasan dari Loji Rawatan Air ini adalah menjadi keutamaan Jabatan dan akan dilaksana dan dipikul sebaik mungkin bagi memastikan alam sekitar terpelihara.