Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN KE ATAS LOJI RAWATAN KUMBAHAN DI KAWASAN PERMATANG PAUH, PULAU PINANG
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang
- Lokasi
- PERMATANG PAUH, PULAU PINANG
- Diskripsi
- 16 Disember 2024 - Penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas Loji rawatan kumbahan telah dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan SPT1 JAS Negeri Pulau Pinang pada 10 Disember 2024 di kawasan Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Arahan di lapangan telah dikeluarkan kepada premis bagi mengambil tindakan untuk mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya