18 Dis 2024, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gempur Bil 12/2024 ke atas premis industri pada 11 Disember 2024 dan 12 Disember 2024.
Operasi Gempur ini dianggotai seramai 14 penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan sebanyak 10 premis telah diperiksa. Hasil penguatkuasaan, sebanyak 10 arahan di lapangan, dua (2) kompaun dan dua (2) notis arahan telah dikeluarkan kerana pelanggaran pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka