PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

JAS siasat dakwaan pencemaran perairan berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang

kaswadi 18/12/2024 7 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS siasat dakwaan pencemaran perairan berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang
Tahun
2024
Organisasi
Bernama
Lokasi
Perairan negeri berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang di Tanjung Bungah

Penerangan

GEORGE TOWN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencemaran yang berlaku di perairan negeri itu berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang di Tanjung Bungah di sini. Pengarah JAS negeri Norazizi Adinan berkata pihaknya meminta Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri untuk menjalankan siasatan selepas beberapa gambar memaparkan jalur berwarna coklat di kawasan perairan berkenaan tular menerusi media sosial. "JAS akan siasat perkara itu dan ia nampak macam perbuatan sabotaj atau disengajakan sebab dibuat di tempat yang mudah dilihat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pulau Pinang Zarina Zainuddin berkata pihaknya belum menerima sebarang maklumat berkaitan kejadian itu. "Saya baru dimaklumkan mengenai kejadian itu dan tidak dapat sebarang maklumat lagi, kami akan siasat perkara tersebut," katanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan