Penerangan
12 Disember 2024, Klang – Unit Pemprosesan EIA, Bahagian Pembangunan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan satu lawatan tapak Projek EIA bagi Cadangan ‘Proposed 2,100 MW Combined Cycle Gas Turbine (CCGT) Power Plant di Lot 33193 (PT 24721), Lot 33194 (PT24722) Dan Lot 33195 (PT24723), Mukim Kapar, Daerah Klang, Selangor Untuk Tetuan TNB Power Generation Sdn Bhd.
Lawatan ini telah diketuai oleh YBrs. Puan Nor Aziah Binti Jaafar, Pengarah, JAS Negeri Selangor. Lawatan ini telah turut dihadiri oleh pihak penggerak projek dan juru runding serta wakil-wakil daripada agensi-agensi yang terlibat secara langsung bagi cadangan projek.
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan keadaan semasa tapak projek serta isu-isu berkaitan cadangan projek mengikut kehendak di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 sebelum laporan ini diputuskan untuk kelulusan.