- Tajuk
- PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA FUN WALK AMAL KELESTARIAN ALAM ANJURAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) SK AMPANGAN, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- SK AMPANGAN, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
- Lokasi
- SK AMPANGAN, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Penerangan
7 DISEMBER 2024, SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah dijemput untuk mengadakan pameran alam sekitar sempena Fun Walk Amal Kelestarian Alam.
Dirasmikan oleh YB Hajah Tengku Zamrah binti Tengku Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan,Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO. Antara program yang terlibat adalah Fun Walk, Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste), Pemeriksaan Kesihatan, Pengumpulan Minyak Masak Terpakai dan pameran dari agensi kerajaan dan swasta serta pelbagai acara yang lain.
Program ini turut dihadiri oleh ibubapa, guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah. JAS Negeri Sembilan melalui Unit Pendidikan dan Kesedaran telah mengadakan pameran berkaitan kesedaran alam sekitar yang bermatlamat untuk memberi kesedaran berkenaan kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan edaran risalah yang mengandungi info kepentingan menjaga alam sekitar serta pengurusan Buangan Elektrik Dan Elektronik (E-waste) secara lestari.
Selain itu, pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) juga dibuka bersempena dengan program ini.
JAS Negeri Sembilan sentiasa komited dalam menyokong usaha-usaha pihak sekolah di negeri ini di dalam kempen menerapkan budaya pemuliharaan alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama