Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah dijemput sebagai penceramah sempena Minggu "Health, Safety, Security & Environment" (HSSE) anjuran Normah Medical Specialist Centre pada 17 Oktober 2024. En. Mohd Aznor Bin Lamat, Pegawai Kawalan Kanan JAS Sarawak telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Pengurusan Buangan Terjadual merangkumi buangan terjadual, kod-kod buangan terjadual bagi sisa buangan klinikal, cara-cara penstoran, kesan dan langkah mitigasi. Satu sesi kuiz Kahoot diadakan seusai tamat ceramah bagi menguji minda para peserta. Program ini telah dihadiri oleh kakitangan Normah Medical Specialist Centre seramai 45 kakitangan.
Selain itu, JAS Sarawak juga dijemput untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar pada hari yang sama. Pameran kesedaran alam sekitar menumpukan promosi terhadap larangan pembakaran terbuka, pengurusan sisa buangan elektrik & elektronik (e-waste), contoh jenis-jenis buangan terjadual dan sisa kumbahan terawat turut juga dipamerkan. Kaunter pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) juga turut dibuka semasa program berlangsung.
Jabatan ini mengalu-alukan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam menggalakkan promosi kesedaran terhadap alam sekitar kepada para pekerja dan orang awam.