PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Program Kesedaran JAS

Program Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik (E-Waste) 2024 Peringkat Bahagian Bintulu, Sarawak

charlie 17/12/2024 4 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik (E-Waste) 2024 Peringkat Bahagian Bintulu, Sarawak
Tahun
2024
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Bintulu, Sarawak

Penerangan

BINTULU, 22 Jun 2024 – JAS Cawangan Bintulu, Sarawak dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), syarikat PTT Sarawak Oil Limited (PTTEP Malaysia) serta premis yang dilesenkan iaitu E-Concern Sdn Bhd telah menganjurkan satu program pengumpulan e-waste bertempat di dewan komuniti RPR Kidurong, Bintulu, Sarawak. Kempen ini dianjurkan sebagai usaha berterusan JAS meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang keperluan menguruskan buangan elektrik dan elektronik dengan lebih teratur dan melupuskannya dengan cara yang betul. Ia juga diharap dapat memupuk sikap tanggungjawab orang awam dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Majlis penutup program kutipan e-waste tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Abang Zainuddin bin Haji Abang Turkey, Timbalan Residen Bahagian Bintulu. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam usaha bersama-sama menjayakan kempen kesedaran alam sekitar ini. ''E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara''

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan