PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KEMPEN PENGUMPULAN KITAR SEMULA, E-WASTE DAN MINYAK MASAK TERPAKAI PERINGKAT MAJLIS DAERAH KAMPAR 2024

maizah 17/12/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KEMPEN PENGUMPULAN KITAR SEMULA, E-WASTE DAN MINYAK MASAK TERPAKAI PERINGKAT MAJLIS DAERAH KAMPAR 2024
Tahun
2024
Organisasi
MAJLIS DAERAH KAMPAR
Lokasi
MAJLIS DAERAH KAMPAR

Penerangan

10 Disember 2024 (Selasa) – Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kempen Pengumpulan Kitar Semula, E-waste dan Minyak Masak Terpakai Peringkat Majlis Daerah Kampar 2024 yang diadakan oleh Majlis Daerah Kampar (MDKpr) bertempat di Hotel De Cassia, Kampar. Majlis telah disempurnakan oleh YB Bavani A/P Veraiah, ADUN Malim Nawar. Pertandingan Kempen Pengumpulan Kitar Semula, E-waste dan Minyak Masak Terpakai ini bermula dari 10 Oktober hingga 20 November 2024 melibatkan 5 kategori pertandingan iaitu Kategori Individu, Agensi Kerajaan, IPT, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang menawarkan hadiah berupa wang tunai dan sijil kepada para pemenang. Sebanyak 5725.20 kg barangan kitar semula berjaya dikumpulkan sepanjang tempoh pertandingan diadakan di 4 lokasi utama iaitu Pasar Awam Kampar, Pasar Awam Mambang Diawan, Arena Rakyat Tualang Sekah dan Dewan Bandaran Gopeng selain orang awam boleh menghantar terus ke Pejabat MDKpr. Jabatan Alam Sekitar berharap semua pihak memberikan sokongan untuk menjalankan amalan kitar semula di rumah, sekolah dan pejabat masing-masing. #NRES #hariozonsedunia2024 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_disember2024 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan