Penerangan
10 DISEMBER 2024 – Satu siasatan tapak bagi cadangan pembangunan Aktiviti Yang Ditetapkan di bawah Jadual Kedua, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, telah diadakan di Taman Perindustrian Pulau Indah, Selangor. Siasatan tapak ini dihadiri oleh Bahagian Penilaian Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor bersama pihak penggerak projek dan juga jururunding EIA. Siasatan tapak ini bertujuan untuk mengenalpasti keadaan sekeliling tapak cadangan, penerima sensitif di sekitar tapak projek serta isu-isu yang berpotensi akan berbangkit apabila pelaksanaan pembangunan dilaksanakan.
Dalam siasatan ini juga, pihak Jabatan turut memberikan nasihat kepada Penggerak projek dan jururunding EIA berhubung dengan pelaksanaan operasi industri yang dicadangkan dalam memastikan keperluan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#BahagianPenilaian
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#MalaysiaMadani