Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH
29 November 2024 - Sungai Petani, Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah Cawangan Sungai Petani telah menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di Daerah Kuala Muda, Kedah semasa hari kelepasan am .
Pemantauan bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko kesihatan kepada orang awam termasuk pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS.
Rondaan yang dijalankan juga memberi fokus kepada kawasan-kawasan industri yang berpotensi mencemarkan alam sekitar iaitu Kawasan Peindustrian Bakar Arang dan Kawasan Perindustrian PKNK, Kedah. JAS juga meningkatkan pemantauan di kawasan yang berlaku peningkatan aduan awam iaitu Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Kedah serta pemantauan mencegah pembakaran terbuka di kawasan-kawasan hotspot seperti sekitar Laguna dan Merbok
- Tahun
- 2024
- Bahasa
- MY