PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

KILANG KIMIA DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN SERTA MERTA

nasir.ibrahim 11/12/2024 4 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KILANG KIMIA DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN SERTA MERTA
Tahun
2024
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
Pasir Gudang

Penerangan

10 Disember 2024, Pasir Gudang - Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti pemindahan bahan kimia telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 bagi menghentikan pencemaran udara. Hasil pemeriksaan mendapati sistem kawalan pencemaran udara premis gagal berfungsi dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Premis diarahkan untuk mengambil tindakan pembaikan dalam tempoh POK tersebut. Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku sebarang pencemaran kepada alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan