PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR

nasir.ibrahim 11/12/2024 5 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR
Tahun
2024
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
Kawasan Perindustrian Pasir Gudang

Penerangan

3 Disember 2024, Pasir Gudang – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis berasaskan minyak sawit di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang bagi pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Siasatan mendapati premis tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 antaranya, kegagalan dalam mengendalikan dan menyenggara sistem pengolahan efluen perindustrian dan gagal menjalankan pemantauan prestasi sistem pengolahan efluen sebagaimana Dokumen Panduan Jabatan Alam Sekitar. Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis supaya mengambil tindakan pembaikan dengan segera. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan