Penerangan
:: JAS Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan keatas satu projek penebusgunaan tanah bagi memastikan kerja-kerja penebusgunaan tanah mematuhi syarat-syarat kelulusan laporan EIA yang telah diluluskan
Antara syarat kelulusan EIA yang diperiksa adalah pemasangan tirai kelodakan 'double layer movable' untuk mengawal kelodakan yang terhasil daripada aktiviti penebusgunaan tanah
Tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah sebagaimana peruntukan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Penggerak projek yang menjalankan aktiviti penebusgunaan tanah dinasihati untuk sentiasa mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA bagi memastikan tiada pencemaran berlaku