PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan,— Sesi Libat Urus

OPS BERSEPADU DIKETUAI MAJLIS PERBANDARAN KULAI (MPKu) BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI JOHOR & AGENSI KERAJAAN

nasir.ibrahim 11/12/2024 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BERSEPADU DIKETUAI MAJLIS PERBANDARAN KULAI (MPKu) BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI JOHOR & AGENSI KERAJAAN
Tahun
2024
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
KULAI

Penerangan

26 NOVEMBER 2024, KULAI, JOHOR - Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat), JAS Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan di kawasan Seelong dan Desa Perindustrian Kulai 2 diketuai Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan empat (4) agensi kerajaan, susulan tiga (3) premis yang disyaki menjalankan aktiviti pirolisis tayar haram. Pihak JAS telah mengambil tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan dibawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menghentikan semua proses. MPKu telah menyita pintu masuk premis bagi tindakan selanjutnya. IPD Kulai telah melaksanakan tangkapan terhadap tiga pekerja di salah satu premis tersebut. Pihak industri perlu memastikan lokasi yang ingin dibina kilang mematuhi RTD untuk industri, sama ada ringan, sederhana, berat atau berisiko tinggi. Aktiviti pirolisis tayar terpakai hendaklah mematuhi Aktiviti 14(b)(ii), Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 dimana Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) hendaklah dikemukakan kepada JAS. Agensi terlibat adalah Jabatan-Jabatan dibawah MPKu, Ibupejabat Polis Daerah Kulai, Pejabat Tanah Daerah Kulai, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor dan Pejabat Kesihatan Daerah Kulai.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan