- Tajuk
- RONDAAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN EFLUEN DI DAERAH KULIM, KEDAH
30 November 2024 – Kulim, Kedah.
Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kulim telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di kawasan Sungai Karangan, Sidam Kanan, Kuala Ketil, Tawar dan Kulim Hi-Tech. Tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka atau pencemaran ditemui semasa rondaan dilakukan. Selain itu, pasukan penguatkuasa turut menyiasat aduan di Sidam Kanan serta pemantauan asap dari cerobong kilang di Sungai Karangan. Seterusnya, pasukan penguatkuasa menjalankan pemantauan pelepasan efluen dan pengawasan dron di kawasan industri Kuala Ketil. Pemantauan yang dijalankan ini adalah bertujuan mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko kesihatan kepada orang awam termasuk pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang telah ditetapkan oleh JAS.
Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas suatu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus(50%) daripada denda maksimum.
- Tahun
- 2024
- Bahasa
- MY