Penerangan
3 Disember 2024, Putrajaya - Mesyuarat Dua Hala Bagi Ketetapan Berhubung Dengan Pelaksanaan Projek-Projek Perlombongan Dan Kuari Di Malaysia Antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG) yang dipengerusikan bersama oleh YBhg. Dato’ Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah, JAS dan YBhg. Datuk Haji Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah JMG yang telah berlangsung di JAS Ibu Pejabat. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian dan Negeri kedua-dua agensi JAS dan JMG secara hibrid iaitu kombinasi fizikal dan dalam talian.
Mesyuarat ini merupakan platform bagi JAS dan JMG membincangkan bersama isu bagi penambahbaikan perlaksanaan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) serta pelaksanaan projek-projek perlombongan dan kuari di Malaysia.
JAS dan JMG berharap mesyuarat dua hala ini dapat diteruskan secara berkala dalam memastikan kedua-dua agensi dapat melaksanakan fungsi, peranan dan bidang tugas supaya saling melengkapi antara kedua-dua agensi dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.