PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Digital / Video

PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH 3 Disember 2024 - Sungai Petani, Kedah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah Cawangan Sungai Petani telah menjalankan pemantauan pencemaran alam sekitar secara berkala di Daerah Kuala Muda, Kedah pada lewat malam hingga awal pagi. Pemantauan berkala waktu malam bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko kesihatan kepada orang awam termasuk pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS. Rondaan yang dijalankan juga memberi fokus kepada industri yang berpotensi mencemarkan alam sekitar di Kawasan Perindustrian PKNK dan Kawasan Perindustrian Bukit Selambau terutama pencemaran udara di sekitar kawasan industri tersebut terutama semasa waktu hujan. JAS juga telah mengarahkan pihak premis yang berpotensi menyebabkan masalah tersebut dan operasi optimumnya pada waktu malam menjalankan percontohan cerobong dengan pemantauan sepenuhnya oleh pegawai JAS.

najmi 11/12/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk

Tahun
2024
Bahasa
MY

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan