Penerangan
JAS Kedah melalui Pengarah JAS Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab telah menerima Anugerah Khas Mesra Media dari Kelab Media Elit Kedah. Kelab Media Elit Kedah mempunyai seramai 83 ahli yang terdiri daripada pengamal-pengamal media di Kedah dan meliputi organisasi seperti TV3, Berita Harian, NST, RTM, Kosmo, Sinar Harian, Astro AWANI dan lain-lain agensi berita.
Anugerah Khas tunggal tersebut telah disampaikan dalam satu Majlis Makan Malam anjuran Kelab Media Elit Kedah. Anugerah telah disampaikan oleh YB Dato' Ustaz Mohd Azam bin Abdul Samat, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Komunikasi & Penerangan, mewakili Menteri Besar Kedah. Turut hadir dalam program tersebut adalah YB. Dato' Mohd Salleh Saidin, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawan Negeri Kedah.
Dalam ucapan Presiden Kelab Media Elit Kedah, Encik Adie Suri Zulkifli telah menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada JAS Kedah atas kerjasama yang baik bersama pihak media dan sikap sentiasa memudahkan urusan para pengamal media dalam membuat liputan tentang kes-kes alam sekitar di Negeri Kedah.
JAS Kedah mengucapkan ribuan terima kasih atas pengiktirafan ini dan berharap kerjasama erat bersama pihak media akan memberikan impak positif dalam usaha kerajaan menangani isu-isu alam sekitar.
Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua anggota Unit Media JAS Kedah serta warga JAS Kedah yang memberikan kerjasama dalam memastikan semua urusan liputan dan hebahan maklumat berjalan lancar.