Oleh aminuddin · 11/12/2024 · 13 paparan
PEKAN, 25 November 2024 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menganjurkan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Pahang 2024 bertempat di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan Bandar Diraja. Sambutan HASN Peringkat Negeri Pahang 2024 dirasmikan oleh Wakil Rasmi YAB Menteri Besar Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sepertimana tema " Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama". Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya Kempen penanaman 1 juta pokok, pertandingan memancing, pertandingan esport, ceramah agama, program pengumpulan e-waste, pertandingan mewarna, pendaftaran ahli RAS, pemeriksaan kesihatan, pameran kenderaan EV oleh TNB serta lain-lain pameran oleh Agensi Kerajaan dan Swasta. JAS Negeri Pahang juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, Majlis Perbandaran Pekan, Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Meteorologi Malaysia, Perbadanan Taman Negeri Pahang, Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Tenaga Nasional Berhad, KT Wan Recycle, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Pengurusan Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Pekan di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Pahang 2024.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup