PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT PROF. DR. MAKETAB BIN MOHAMED

maizah 11/12/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT PROF. DR. MAKETAB BIN MOHAMED
Tahun
2024
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
JAS PERAK

Penerangan

KUNJUNGAN HORMAT PROF. DR. MAKETAB BIN MOHAMED PENGERUSI MAJLIS KUALITI ALAM SEKELILING (EQC) KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK (JAS PERAK) 03 Disember 2024, Ipoh – Sekitar kunjungan hormat oleh Prof. Dr. Maketab Bin Mohamed, Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC) ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh (DIMP, SIJ, PSI II) serta pegawai-pegawai jabatan berbesar hati mengalu alukan kedatangan beliau ke pejabat ini. Di dalam pertemuan tersebut, beliau sebagai Pengerusi EQC peka dan mengambil tahu akan permasalahan semasa dan kekangan yang sedang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Dalam perbincangan tersebut, beliau turut memberikan nasihat dan mengambil maklum terhadap isu terkini alam sekitar. Perbincangan dua hala ini telah disambut baik oleh kedua-dua belah pihak. Turut hadir di dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Pengarah JAS Perak (Bahagian Pembangunan) iaitu Tuan Muhamad Rizal Bin Ramli, Ketua Ketua Cawangan serta pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Semoga ukhwah yang terjalin dapat diteruskan bagi pembangunan yang mampan dan dapat merealisasikan hasrat kerajaan iaitu Perak Sejahtera 2030. #NRES #hariozonsedunia2024 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_disember2024 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan