Penerangan
KEPALA BATAS, 29 November 2024- Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang bersama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bayan Lepas telah menjalankan operasi bersepadu iaitu Ops Gempur Bil.11/2024 pada 18 hingga 21 November 2024 ke atas premis-premis di Negeri Pulau Pinang khususnya premis dalam kawasan industry dan Premis Yang Ditetapkan(PYDT).Dalam operasi ini seramai lapan pasukan dengan bilangan anggota penguatkuasa JAS seramai 21 orang terlibat secara langsung.
Operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 17 premis. Sebanyak 17 Arahan Lapangan , Sembilan (9) Notis Arahan telah dikeluarkan, enam (6) kertas siasatan syor kompaun dibuka ke atas premis yang melibatkan kesalahan di bawah peraturan khususnya melibatkan buangan terjadual dan efluen perindustrian.
Ops Gempur November 2024 ini adalah tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS untuk meningkatkan pematuhan oleh pihak industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.