Penerangan
Tarikh: 25 November 2024 (Isnin)
Masa: 08.00 Pagi - 5.00 Petang
Kehadiran: Wakil Jabatan Persekutuan dan Jabatan/Agensi Negeri Sabah, DBKK, PBT, UMS (Borneo Marine Research Institute), WWF, NGO & CSOs in plastic concern, wakil/group Pulau Mabul, Pulau Omadal dan pihak Media.
Kehadiran JAS Sabah: ppkt mp
Ringkasan:
1?? Simposium telah dirasmikan oleh Timb. KM II, merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan YB DSP Dr. Joachim Gunsalam.
2?? Objektif simposium adalah mewujudkan satu wadah perkongsian maklumat, membina rangkaian perhubungan & kolaborasi serta melakar/menggariskan 'way forward' yang efektif dan mapan.
3?? Beberapa perkongsian maklumat/pengalaman dan hasil kajian telah dibentangkan dalam simposium antaranya dari pihak KKTP, DBKK, WWF, UMS, Ruth Yap (CSO zero waste plastic), Trash Hero KK, wakil/pemenang kempen 'no plastic' Pulau Mabul & Pulau Omadal, Semporna dll..
4?? Sesi soal jawab juga telah diadakan oleh panel terpilih dan juga kepada peserta simposium.
5?? Di akhir simposium 'way forward' telah dihasilkan iaitu menyediakan satu platform bagi semua NGO/CSO zero plastic. Ini adalah bagi memastikan mereka tidak lagi menjalankan program/kempen secara individual/bersendirian. Dicadangkan juga untuk mewujudkan Sabah Waste Recycling Council yang diterajui oleh KKTP bagi tujuan pengumpulan data/volume pengeluaran plastik di Sabah, pelupusan dan termasuk bilangan plastik kitar semula serta untuk satu pelaporan yang tersusun dan tepat.