Penerangan
21 November 2024, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar - JPAS melalui juruperunding Aurecon Lestari telah menjalankan kajian penyediaan bahan pendidikan alam sekitar di Sabah.
Kajian ini merangkumi penyediaan dan percetakan 6 modul iaitu Modul Air, Modul Guna Tanah, Modul Tenaga, Modul Pengurusan Sisa, Modul Perubahan Iklim dan Modul CEPA
Kajian ini juga merangkumi penyediaan Board Game berkaitan isu-isu alam sekitar di pulau.
Tujuan bengkel sehari ini adalah bagi mendapatkan komen, ulasan, idea bagi draf 6 modul berserta Board Game tersebut. Banyak komen yang telah diberikan dan pihak juruperunding akan menambahbaik perkara-perkara yang berkaitan.