PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN BERMOTOR (OPS GERAK)

maizah 04/12/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN BERMOTOR (OPS GERAK)
Tahun
2024
Organisasi
JSPT
Lokasi
GOPENG

Penerangan

OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN BERMOTOR (OPS GERAK) 28 November 2024, Gopeng - Operasi Bersepadu anjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak dengan kerjasama agensi-agensi iaitu: 1. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak 2. EMPV JSPT BA 3. PLUS 4. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) PLUS 5. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak 6. Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perak (AADK) 7. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak 8. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (PKDNHEP) 9. Jabatan Kastam Diraja Malaysia 10. Puspakom Cawangan Gopeng 11. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perak Operasi ini dijalankan dengan kekuatan anggota petugas seramai 129 pegawai. Operasi dimulai dengan Taklimat Operasi dari Ketua Jabatan Siasatan Trafik (JSPT) Perak, SUPT Tuan Sahimi bin Husin. JAS Perak telah menjalankan 20 ujian meter daripada 42 pemerhatian ke atas kenderaan perdagangan berenjin diesel yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Jabatan Alam Sekitar menyeru pemilik kenderaan khasnya pemilik kenderaan berenjin diesel untuk sentiasa memastikan kenderaan diselenggara secara berkala dan melakukan pemeriksaan di Puspakom bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak melepaskan pencemar udara yang mengancam kualiti alam sekitar dan kesihatan orang ramai. #NRES #hariozonsedunia2024 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_november2024 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan