Penerangan
PAMERAN SEMPENA "HR4U 2024" DI KPJ IPOH SPECIALIST HOSPITAL
27 November 2024, Ipoh - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dijemput sebagai salah satu pempamer dalam program "HR4U 2024" dan Hari Bersama Wargakerja anjuran KPJ Ipoh Specialist Hospital.
Program ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dan mempromosikan program outreach bagi maklumat penting serta sokongan berkaitan hal-hal Sumber Manusia.
Jabatan telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi menarik pengunjung iaitu penggunaan Virtual Reality (VR) bagi menjawab soalan-soalan kuiz, permainan-permainan menarik, pameran bergambar pencemaran alam sekitar dan pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS).
#NRES
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_november2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari