PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

JAS PULAU PINANG SERTAI KUTIPAN PAKAIAN TERPAKAI ANJURAN TNB PULAU PINANG

kaswadi 03/12/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PULAU PINANG SERTAI KUTIPAN PAKAIAN TERPAKAI ANJURAN TNB PULAU PINANG
Tahun
2024
Organisasi
TNB PULAU PINANG
Lokasi
TNB KEPALA BATAS

Penerangan

KEPALA BATAS, 25 NOVEMBER 2024: JAS Pulau Pinang telah dijemput menyertai Kempen Kutipan Pakaian Terpakai anjuran TNB Pulau Pinang yang diketuai oleh BSO Services Negeri Pulau Pinang bersama PELITAWANIS TNB Cawangan Pulau Pinang yang berkolaborasi dengan beberapa persatuan penduduk, masjid dan sekolah di sekitar Seberang Perai Utara. Sebanyak 10.1 tan metrik (MT) pakaian terpakai berjaya dikumpulkan pada hari ini dan akan dihantar kepada NGO terpilih dan Kilang Life Line untuk dikitar semula. Program anjuran TNB ini berlangsung secara serentak di seluruh negeri dengan target kutipan sebanyak 75MT di mana TNB Pulau Pinang telah mengutip sebanyak 39 MT iaitu kutipan tertinggi setakat ini. JAS Pulau Pinang merakamkan ucapan terima kasih di atas jemputan untuk menjayakan program ini dan sentiasa menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar di negeri ini. #NRES

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan