PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Mesyuarat

KUNJUNG HORMAT DARI UKM PAKARUNDING SDN BHD BERKAITAN CADANGAN GARIS PANDUAN ESIA BAGI PROJEK JANA KUASA GEOTHERMA YANG PERTAMA DI MALAYSIA

rosmina 29/11/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNG HORMAT DARI UKM PAKARUNDING SDN BHD BERKAITAN CADANGAN GARIS PANDUAN ESIA BAGI PROJEK JANA KUASA GEOTHERMA YANG PERTAMA DI MALAYSIA
Tahun
2024
Organisasi
BAHAGIAN PENILAIAN
Lokasi
JAS IBU PEJABAT

Penerangan

Putrajaya, 14 November 2024 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi UKM PAKARUNDING Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Prof Madya TS Dr Hariri Arifin, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia diriingi oleh Dr Nor Shahidah Mohd Nazer dan Dr Wan Mohd Razi Idris serta pegawai kanan yang lain. Kunjung hormat ini diterima oleh Pengarah Bahagian Penilaian, Puan Rohimah binti Ayub dan juga pegawai-pegawai di Bahagian Penilaian. Agenda utama dalam perbincangan ini menjurus kepada pelaksanaan cadangan pembangunan bagi penerokaan sumber boleh baharu yang selaras dengan aspirasi menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) iaitu penggunaan 70% tenaga boleh baharu menjelang 2050. Selain itu juga kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan bagi isu-isu berkaitan pengurusan alam sekitar dalam aspek tenaga boleh baharu. Delegasi UKM PAKARUNDING Sdn. Bhd. juga turut menyatakan hasrat untuk meningkatkan penglibatan kakitangan dalam profesionalisme pengurusan alam sekitar melalui Skim Pendaftaran Jururunding EIA oleh Jabatan Alam Sekitar. Dengan pertemuan ini, Jabatan berharap lebih banyak usaha sama antara JAS dan juga lain-lain institusi untuk turut sama berganding bahu memikul tanggungjawab menjadikan pembangunan yang lebih lestari untuk Malaysia. #NRES #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawapbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan