Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN ISU-ISU PERANCANGAN DAN ALAM SEKITAR ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) DAN PLANMALAYSIA
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- BAHAGIAN PENILAIAN
- Lokasi
- JAS IBU PEJABAT
Penerangan
15 November 2024 : Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Isu-Isu Perancangan Dan Alam Sekitar Antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Dan PLANMalaysia yang dipengerusikan bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) PLANMalaysia telah berlangsung di JAS Ibu Pejabat. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian dan Negeri JAS dan PLANMalaysia secara fizikal dan dalam talian.
Mesyurat ini merupakan platform bagi JAS dan PLANMalaysia membincangkan isu-isu semasa mengenai perancangan dan alam sekitar dan diselaraskan mengikut terma-terma perundangan dan garis panduan oleh JAS dan PLANMalaysia dalam tadbir urus pelaksanaan EIA di Malaysia.
JAS dan PLANMalaysia berharap mesyuarat dua(2) hala ini dapat diteruskan dan menambah nilai pengurusan alam sekitar yang lebih cekap untuk kesejahteraan semua pihak.
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawapbersama
#NRES