PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Mesyuarat

SESI LIBAT URUS BAGI PROJEK RMK-12: PEMANTAPAN PELAKSANAAN PENILAIAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

rosmina 29/11/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS BAGI PROJEK RMK-12: PEMANTAPAN PELAKSANAAN PENILAIAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
Tahun
2024
Organisasi
BAHAGIAN PENILAIAN
Lokasi
JAS IBU PEJABAT

Penerangan

19 SEPTEMBER 2024, PUTRAJAYA - Satu (1) Sesi Libat Urus bagi Pemantapan Pelaksanaan Penilaian Alam Sekitar Di Malaysia telah berlangsung di Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat. Sesi libat urus ini melibatkan dua (2) pasukan Kajian di bawah Rancangan Malaysia ke-12 iaitu Kajian Penggubalan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 20xx dan juga Kajian Bagi Pengenaan Fi Berkaitan Dengan Pemprosesan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling ( _Environmental Impact Assessment_ , EIA) serta turut dihadiri oleh Penasihat Undang-Undang Jabatan dan juga pegawai-pegawai bahagian JAS Ibu Pejabat. Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh Puan Rohimah binti Ayub, Pengarah Bahagian Penilaian, Jabatan Alam Sekitar. Sesi libat urus ini merupakan platform bagi pertemuan dua (2) pasukan kajian dalam memastikan bahawa terma-terma perundangan yang sedang dikaji dan dicadangkan adalah selaras dengan hala tuju Jabatan khususnya dalam hal-hal yang melibatkan pengenaan fi, bon dalam tadbir urus pelaksanaan EIA di Malaysia. Jabatan berharap kajian-kajian yang dijalankan ini dapat menambah nilai pengurusan alam sekitar yang lebih cekap untuk kesejahteraan semua pihak. #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawapbersama #NRES

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan