Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA KARNIVAL KEUSAHAWANAN PENDIDIKAN KHAS ANJURAN SMK DATO' SHEIKH AHMAD
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- SMK DATO' SHEIKH AHMAD
- Lokasi
- SMK DATO' SHEIKH AHMAD
Penerangan
12 OKTOBER 2024, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah dijemput untuk mengadakan pameran alam sekitar sempena Karnival Keusahawanan Pendidikan Khas.
Program ini turut dihadiri oleh guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah. JAS Negeri Sembilan melalui Unit Pendidikan dan Kesedaran telah mengadakan pameran berkenaan kesedaran alam sekitar yang bermatlamat untuk memberi kesedaran berkenaan kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan edaran risalah yang mengandungi info kepentingan menjaga alam sekitar serta pengurusan buangan elektrik dan elektronik (E-waste) secara lestari.
Selain itu, pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) juga dibuka bersempena dengan program ini.
JAS Negeri Sembilan sentiasa komited dalam menyokong usaha-usaha pihak sekolah di negeri ini di dalam kempen menerapkan budaya pemuliharaan alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama