PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2024 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN SEMPENA HARI KELESTARIAN ALAM NEGERI SEMBILAN (HKANS)

JAS NEGERI SEMBILAN 28/11/2024 17 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2024 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN SEMPENA HARI KELESTARIAN ALAM NEGERI SEMBILAN (HKANS)
Tahun
2024
Organisasi
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN

Penerangan

16 November 2024, Seremban - Sambutan Hari Alam Sekitar Negara peringkat Negeri Sembilan pada kali ini diadakan dengan gabungan hari-hari bertemakan alam sekitar. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Zafir Bin Mohd Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dengan tema “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama” dengan slogan “Katakan Tidak Kepada Pembakaran Terbuka”. Tema dan slogan ini dilihat begitu dekat dengan semua lapisan masyarakat yang membawa semangat kebersamaan kita dalam pembudayaan alam sekitar. Penganjuran program kesedaran ini melibatkan komuniti masyarakat setempat & pelajar sekolah seperti. Beberapa aktiviti telak dilaksanakan antaranya Pertandingan Pengumpulan E-waste, Pertandingan Sketsa dan Pertandingan Rekacipta Bahan Terpakai dan Reruai Pameran yang melibatkan Agensi Kerajaan dan swasta. Penganjuran program seumpama ini adalah bertujuan untuk mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas, menyediakan platform kepada orang ramai untuk bersama-sama menghayati alam sekitar, memberi penghargaan kepada mereka serta memberi sumbangan dan kerjasama dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pembudayaan alam sekitar perlu dipupuk di setiap lapisan masyarakat terutamanya diperingkat sekolah kerana mereka ini merupakan generasi yang akan bakal menerajui negara. Penglibatan pelbagai lapisan masyarakat juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam usaha kearah kelestarian alam.