Penerangan
5 NOVEMBER 2024, WP KUALA LUMPUR- Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput oleh Sekolah Kebangsaan Cochrane untuk melancarkan Program Kitar Semula E-waste kelolaan Kelab Kitar Semula sekolah berkenaan. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan pengurusan E-waste kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Zuraini binti Haji Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL dan diiringi oleh Encik Ahmad Badri, Guru Besar SK Cochrane serta Encik Saiful Nizam bin Salehudin, Assistant Health, Safety and Environment Manager , IJM Land Berhad. Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa program adalah gimik penyerahan Tong E-waste daripada IJM Land Berhad kepada Tuan Guru Besar, penyampaian sijil penghargaan dan hadiah kepada pemenang pertandingan Pengumpulan E-waste, persembahan Sketsa E-waste dan pertunjukan musikal oleh murid-murid SK Cochrane.
JASWPKL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada pihak SK Cochrane yang begitu komited dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. JASWPKL juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam usaha melestarikan alam sekitar khususnya dalam pengurusan buangan E-waste.
"E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara"