Penerangan
13 November 2024, NILAI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai (IPD Nilai), Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sembilan, dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan telah menjalankan operasi melalui OPS BERSEPADU Peringkat Kebangsaan bagi penguatkuasaan pelepasan asap hitam yang dianjurkan oleh JAS Ibu Pejabat.
Operasi ini telah dijalankan di Plaza Tol Nilai telah disertai oleh 20 pegawai penguatkuasa JAS Negeri Sembilan.
80 buah kenderaan berenjin diesel menjalani pemerhatian secara visual dan 15 buah kenderaan berenjin diesel telah diuji tahap pelepasan asap hitam. Hasil ujian mendapati terdapat kenderaan berenjin diesel yang gagal mematuhi Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Notis arahan telah dikenakan terhadap pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam yang melebihi had ditetapkan.
JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai (IPD Nilai), Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sembilan, dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan atas kerjasama dalam menjayakan operasi ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama