24 November 2024, Sepang – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang telah menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan perindustrian sekitar Daerah Sepang iaitu Jalan Labohan Dagang Nilai, Kampung Olak Lempit, Bandar Mahkota, Jalan Galaksi, Taman Perindustrian Mahkota Utama, Sungai Mas, Kawasan Perusahaan Banting, Kampung Sungai Manggis, Mahkota Industrial Park, Kampung Labohan Dagang, Kampung Bukit Changgang, Dengkil dan Kota Warisan.
Hasil pemantauan mendapati terdapat premis yang beroperasi dan tidak beroperasi pada hujung minggu. Tiada aktiviti pencemaran dan aktiviti pembakaran terbuka dikesan di sekitar kawasan rondaan. Pemantauan dari masa ke semasa akan terus dijalankan.
JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol: 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di
[email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.