PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Program Kesedaran JAS

SESI PENYERAHAN HADIAH WANG TUNAI KEPADA PEMENANG-PEMENANG BAGI SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) SESI 2023/2024

nursyuhada 28/11/2024 5 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI PENYERAHAN HADIAH WANG TUNAI KEPADA PEMENANG-PEMENANG BAGI SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) SESI 2023/2024
Tahun
2024
Organisasi
JAS NEGERI MELAKA
Lokasi
SEKOLAH-SEKOLAH SEKITAR NEGERI MELAKA

Penerangan

20 November 2024, MELAKA – Sesi penyerahan wang tunai kepada pemenang-pemenang Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sesi 2023/2024 bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah peringkat negeri Melaka telah diadakan pada 18-20 November 2024. Program ini menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum, penghijauan dan elemen khas secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Objektif program SLAAS ini adalah merangkumi : - Memupuk nilai murni alam sekitar dalam kalangan warga sekolah; - Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar; - Mengalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan; - Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar; dan - Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari. Antara sekolah yang memenangi SLAAS bagi kategori sekolah rendah adalah : Tempat pertama : SK Kampung Tun Razak Tempat kedua : SK Jalan Datuk Palembang Tempat ketiga : SK Convent Infant Jesus (1) Tempat keempat : SK Paya Rumput Tempat kelima : SJKT Jasin Bagi kategori sekolah menengah pula pemenang tempat pertama adalah SMK Durian Tunggal. Tahniah diucapkan kepada para pemenang! #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan