Penerangan
Mesyuarat Pengarah-Pengarah Jabatan Alam Sekitar Bil. 3/2024 telah diadakan di Hotel Melia, Kuala Lumpur sebagai satu platform bagi membincangkan pelbagai perkara serta isu di bawah bidang kuasa Jabatan yang kini telah mencapai suku ketiga pelaksanaannya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, yang turut membincangkan dan menetapkan ‘wish list’ Jabatan bagi tahun 2025.
Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengarah-Pengarah dari Ibu Pejabat dan Negeri, yang turut membentangkan pencapaian terkini serta isu-isu yang memerlukan perbincangan lanjut di peringkat Pengurusan Tertinggi JAS. Melalui pertemuan bersama Pengurusan Tertinggi ini, Ketua Pengarah menzahirkan amanat dan harapan agar kepimpinan Jabatan dapat memperkukuhkan usaha memupuk budaya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Hal ini penting bagi mencapai matlamat kelestarian alam sekitar, memantau prestasi, serta mengekalkan komitmen Jabatan dalam melindungi alam sekitar dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab bersama untuk memastikan kesejahteraan alam sekitar.
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#NRES
#MalaysiaMadani