Penerangan
23 - 24 NOVEMBER 2024, KUALA LUMPUR- Sempena Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput untuk memeriahkan reruai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sepanjang dua (2) hari program ini berlangsung.
JASWPKL telah berkongsi maklumat mengenai bidang tugas di Jabatan Alam Sekitar serta melaksanakan kempen kesedaran alam sekitar khususnya berkenaan Pengurusan E-Waste kepada pengunjung yang hadir. Pengunjung juga dihiburkan dengan kehadiran maskot rasmi E-waste iaitu ECHA. YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha Kementerian NRES turut serta bersama-sama petugas melayani pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat yang berkunjung ke reruai Kementerian.
Jabatan Alam Sekitar sangat komited untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha mendidik serta memberikan kesedaran alam sekitar kepada segenap masyarakat agar alam sekitar yang kita cintai ini kekal terpelihara dan terpulihara.
"Alam sekitar tanggungjawab bersama"