Penerangan
20 NOVEMBER 2024, JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar(JAS) Negeri Johor telah menerima delegasi Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM) bagi melaksanakan audit pengurusan pelupusan sisa pepejal dan sisa industri di Pejabat JAS Johor.
Pasukan audit JANM diketuai oleh En. Muhammad Farith Naquim bersama seorang (1) pegawai. Pengarah JAS Johor, Dr. Mohd Famey bin Yusoff mengalu-alukan audit yang dijalankan supaya pihak JAS dapat memperbaiki tatacara penguatkuasaan ke atas Tapak Pelupusan Sampah di bawah skop bidangkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Pemeriksaan dan pengauditan dokumen dijalankan oleh pihak JANM ke atas dua (2) Tapak Pelupusan Sanitari, satu (1) Leachate Treatment Plant dan empat (4) Tapak Pelupusan Sampah Biasa di Johor melibatkan hampir 30 Pegawai bagi sesi pengauditan.