PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Sesi Libat Urus

PENGLIBATAN JAS CAWANGAN PASIR GUDANG BAGI PROGRAM EXERCISE-SITE EMERGENCY RESPONSE ACTION (EX-SERA 2024)

nasir.ibrahim 28/11/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGLIBATAN JAS CAWANGAN PASIR GUDANG BAGI PROGRAM EXERCISE-SITE EMERGENCY RESPONSE ACTION (EX-SERA 2024)
Tahun
2024
Organisasi
Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)
Lokasi
JOHOR

Penerangan

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan kerjasama Pasir Gudang Emergency Mutual Aid (PAGEMA) telah berjaya melaksanakan Latihan Bencana EX-SERA (Mock Drill PAGEMA 2024) pada 19 November 2024 bertempat di Shell Malaysia Sdn Bhd, Jalan Tembaga, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Program dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang. Latihan bertujuan melatih kesiapsiagaan menghadapi sebarang risiko atau bencana di kawasan perindustrian Pasir Gudang. Senario latihan memperlihatkan suasana kejadian kebakaran tangki mengandungi minyak petrol di Terminal Shell. Kerja-kerja mengawal tumpahan minyak telah dilakukan dari mengalir ke Sungai Buloh berhampiran. JAS Cawangan Pasir Gudang telah bersama-sama terlibat dalam program ini. Turut hadir menjayakan program adalah Ketua Polis Balai Seri Alam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sultan Ismail, Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor serta wakil-wakil syarikat-syarikat swasta.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan