PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

OPS GERAK KEBANGSAAN KENDERAAN BERMOTOR BERSAMA AGENSI PENGUATKUASA NEGERI MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2024

JAS MELAKA 28/11/2024 12 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GERAK KEBANGSAAN KENDERAAN BERMOTOR BERSAMA AGENSI PENGUATKUASA NEGERI MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2024
Tahun
2024
Organisasi
JAS NEGERI MELAKA

Penerangan

OPS GERAK KEBANGSAAN KENDERAAN BERMOTOR BERSAMA AGENSI PENGUATKUASA NEGERI MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2024 13 November 2024, Tol Simpang Ampat, Alor Gajah - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik, IPK Alor Gajah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) dan Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) bertempat di Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Operasi ini melibatkan seramai 14 anggota daripada Unit Kenderaan Bermotor JAS Negeri Melaka yang telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan pelepasan kenderaan berenjin diesel dan petrol. Sebanyak 59 kenderaan telah diperiksa dan diuji. Dari jumlah tersebut, sebanyak enam (6) tawaran kompaun dan sepuluh (10) notis arahan dikeluarkan, dibawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat ke Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka