Oleh nursyuhada · 28/11/2024 · 15 paparan
18 November 2024, MELAKA – Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2024 anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama rakan strategik telah berjaya dilaksanakan pada 16 November 2024, bertempat di Seri Chendana Ballroom , Ayer Keroh Melaka dan telah dirasmikan oleh YB Tuan P.Shanmugam A/L Pitchay, EXCO Belia, Sukan dan NGO. Beberapa aktiviti menarik telah diadakan seperti aktiviti Eco Walk di Taman Botanikal sejauh 3.5km, pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (155kg), sisa 3R (530kg) dan sisa minyak masak terpakai (271kg) di Pusat Pandu Lalu KITARecycle, Ayer Keroh Melaka. Dalam pada itu, taklimat larangan pembakaran terbuka juga telah disampaikan oleh Puan Siti Shamsinar binti Annuar, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan enam (6) reruai yang mempromosikan produk berkaitan kesedaran alam sekitar juga disediakan kepada peserta program dan pengunjung. Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sesi 2023/2024 bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah peringkat negeri Melaka juga telah dilaksanakan semasa sambutan HASN tersebut. Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan strategi kalam sekitar iaitu pihak Aik Cheong Coffee Roaster Sdn Bhd, Pacific Food Products Sdn Bhd, Farm’s Best Food Industries Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Teladan Setia Sdn Bhd, SWCorp Negeri Melaka, SWM Environment Sdn Bhd, Meriahtek (M) Sdn Bhd dan Evergreen Oil and Feed Sdn Bhd kerana telah memberikan kerjasama padu dalam menjayakan program ini. #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup