PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS,— Sesi Libat Urus

JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA BERSAMA MENJAYAKAN HARI ALAM SEKITAR UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UniKL MICET)

nursyuhada 19/11/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA BERSAMA MENJAYAKAN HARI ALAM SEKITAR UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UniKL MICET)
Tahun
2024
Organisasi
UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UniKL MICET)
Lokasi
UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UniKL MICET)

Penerangan

7 NOVEMBER 2024, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah dijemput bagi memberikan taklimat berkaitan Pengurusan “Household E-waste” semasa program ini yang bertempat di Dewan Lestari, UniKL MICET pada hari ini. Selain itu, sesi pengumpulan sisa household e-waste dan sisa minyak masak terpakai juga turut dilaksanakan. Sesi ini berjaya mengumpul sebanyak 123.0kg (e-waste) dan 105.0kg (minyak masak terpakai). Peserta program terdiri daripada pelajar-pelajar, alumni-alumni dan pensyarah-pensyarah UniKL MICET. Program ini adalah satu langkah holistik pihak universiti bagi menguruskan sisa household e-waste dan minyak masak terpakai dengan cara yang betul dan selamat. #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan