PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Program Kesedaran JAS,— Sesi Libat Urus

SEMINAR AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2024: PANDUAN PELAKSANAAN & IMPLIKASI PERUNDANGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2024

Arwan 19/11/2024 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2024: PANDUAN PELAKSANAAN & IMPLIKASI PERUNDANGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2024
Tahun
2024
Organisasi
JASWPKL
Lokasi
Auditorium HIVE 5 MRANTI, Taman Teknologi MRANTI

Penerangan

29 OKTOBER 2024, WP KUALA LUMPUR- Seminar Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024: Panduan Pelaksanaan & Implikasi Perundangan anjuran Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dengan kerjasama Rakan Strategik Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) telah diadakan di Auditorium HIVE 5 MRANTI, Taman Teknologi MRANTI bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2024. Seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai Agensi Kerajaan, Akademia, Persatuan, Pertubuhan dan Industri telah menghadiri seminar ini. Seminar yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai pemakaian dan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 di samping memberi maklumat mengenai kaedah penjagaan dan pengurusan ozon di Malaysia. Seminar ini juga turut memberi peluang kepada pihak industri untuk berkongsi maklumat dan inisiatif berkaitan melalui slot Sharing Session. JASWPKL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para peserta seminar yang hadir. Jabatan juga menghargai segala input-input positif yang telah diterima.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan