Penerangan
NEGERI : JAS JOHOR
UNIT : Penguatkuasaan EIA
LOKASI : Pulau Rawa, Mersing, Johor
TARIKH : 15 November 2024
Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor(JASNJ) telah menjalankan pemeriksaan keatas projek pembangunan di Pulau Rawa yang telah mendapat kelulusan Syarat EIA. Hasil pemeriksaan mendapati penggerak projek telah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat kelulusan EIA.
Pegawai JASNJ juga dengan kerjasama 2 orang pakar dalam bidang Marine Biologist dan Oceanographer telah menjalankan pemeriksaan terhadap terumbu karang dan hidupan akuatik di pulau berkenaan.
Tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah sebagaimana peruntukan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pengerak projek yang menjalankan pembangunan di pulau dinasihati untuk sentiasa mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA bagi memastikan hidupan akuatik dan terumbu karang sentiasa terpelihara.