Penerangan
KUANTAN, 7 November 2024 - Satu Sesi Libat Urus (SLU) diantara Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dengan pihak FGV Palm Industries telah diadakan di pejabat JAS Pahang.
Sesi ini dipengerusi oleh Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob, Pengarah JAS Pahang dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Ibu Pejabat FGV Palm Industries, membincangkan halatuju serta program yang akan dilaksanakan oleh pihak FGV Palm Industries dan isu-isu berkaitan ke arah pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.