Penerangan
PEKAN, 23 Oktober 2024 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah dijemput bersama untuk menjayakan Program Kempen Pencegahan Kebakaran Hutan Paya Gambut kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan penduduk setempat Kg Simpai, Pekan anjuran bersama NGO Alam Sekitar, Global Environment Centre (GEC), SMPEM dan Syarikat Enggang serta Jabatan Bomba.
Antara aktiviti yang di jalankan adalah ceramah dan pameran bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat berkaitan larangan dan kesan pembakaran terbuka di hutan paya gambut.