Penerangan
KUALA LIPIS, 23 Oktober 2024 - Unit Penilaian EIA, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang bersama JAS Cawangan Cameron Highlands telah menjalankan satu lawatan tapak cadangan projek EIA di Daerah Lipis, Pahang. Lawatan ini turut dihadiri pihak pemaju projek dan jururunding EIA.
Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan keadaan semasa tapak cadangan projek mengikut kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum laporan EIA ini boleh diluluskan.