Penerangan
KUANTAN, 17 Oktober 2024 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dengan kerjasama Kelab Sukan dan Sosial Jabatan Alam Sekitar Pahang (KASPA) telah menganjurkan ‘Seminar Mengarusperdanakan Alam Sekitar dan Pemantapan Orang Yang Berwibawa Di Swiss-Belhotel, Kuantan yang dirasmikan oleh Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob, Pengarah JAS Negeri Pahang.
Penganjuran seminar ini adalah sebagai platform bagi mengumpulkan pihak industri, penggerak projek, pemaju, jururunding dan kontraktor yang memainkan peranan penting dengan memberi informasi baru dan memastikan pembangunan projek-projek mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
JAS Negeri Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan seminar ini dan diharapkan dapat memberi input yang berguna terutamanya kepada pihak industri, perunding dan Orang Yang Beribawa (OYB) dalam memastikan pematuhan berterusan terhadap akta dan peraturan semasa.